Wednesday, 21 December 2011

entry blog ke-3, hehe

hai sume, aku dah buat silap lah, hehe... sepatutnya aku buat entry blog ke 3 dulu, barulah buat entry ke 4.. hahaha, kelaka je.. yela, sebab excited sangat nak ciapkan manuskrip nie.. hehe, oke, aritu aku dah anta kat puan tok semak, so aku berpuas ati dengan hasil kerja aku sebab xbanyak yang salah.. aku juz kene betulkan cket2 sebab ade yang salah ejaan and ada gambar sekali.. hehe, oke3.. sekarang aku nak edit manuskrip nie sebab puan postponed kan sampai 1.1.2012.. wah, x lme ag nak masok bulan 1 dah nad happy new year to all.. semoga tahun baru nie akan menjadikan segala yang diimpikan akan menjadi kenyataan.. amin, :)


so, kat sini aku sertakan dengan video clip yang terbaru oleh awie rafael : bila aku jatuh cinta.. so, enjoy it.. ngee

Monday, 12 December 2011

hampir siap, hehehe :)

hai sume, malam nie aku nak siapkan entry yang last sekali iaitu entry yang ke 5 untuk aku hantar manuskrip bm nie.. puan suruh kami hantar manuskrip pada 22 hb 12.. so dalam masa seminggu nie aku kene la struggle buat benda nie.. dalam seribu lebih perkataan and kene buat aroud 10-12 pages.. ha, meletop la kepale nak buat panjang2 camnie, hahahaha.. 
oke2.. memandangkan aku nak buat manuskrip nie, aku kene cari bahan yang banyak sikit melalui internet or majalah or buku or paper,, untuk kukuhkan lagi karangan.. then puan cakap kalau dalam karangan, elakkan dari tujukan soklan.. sebab org akan baca, bkn nak jawab.. aku kene repair cket2 la mane yg patot..
kali nie aku nak cari bahan kat newspaper tentang obsesi tentang cantik, mestila pompuan yang lebih nak kan cantik kan2.. 
so aku kene siapkan xcepat manuskrip nie sebab 20hb nie ade ag exam tok bm kat DKG 3.. kene struggle la tok score kan2? hehehe... arap2 aku dapat siapkan awal, and then boleh relax cepat and boleh balik, yahooooo.. !

Saturday, 29 October 2011

entry blog ke 3 :)

asalamualaikum..hehehe,kali nie aku nak post entry blog ke 3 aku...dalam minggu nie,aku ditugaskan untuk membuat draf kasar dan menghantar entry blog ke 2 dan ke 3..oke oke..dalam tugasan aku menyiapkan tugasan iaitu draf kasar,kali nie lebih detail lagi la,tentang obses tentang cantik dalam kalangan wanita kini.kali nie,aku lebih fokuskan tentang mengapakan wanita ingin kelihatan cantik dan apakah kesan yang mungkin timbul daripada obses tentang cantik...aku juga meletakkan beberapa contoh produk kecantikan yang terdapat di pasaran yang boleh memberikan implikasi kepada tubuh dan muka...wanita yang obses tentang cantik tidak akan menghiraukan jumlah wang yang dilaburkan ke atas sesuatu produk,so aku akan fokuskan mengapa wanita kini obses tentang cantik.

pada pendapat aku,mereka yang obses tentang cantik nie datangnya dari kalangan orang berada,so mereka tak kisah la nak laburkan duit banyak mane pon kat sesuatu produk yang mereka beli..contoh produk yang ada dalam pasaran sekarang nie,TIA AMELIA,MAXI PELLS,dan sebagainya.kemungkinan produk yang terdapat di pasaran sekarang mempunyai bahan kimia yang mempunyai asid yang melebihi dos yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan....

so,aku akan siapkan draf kasar ini dengan menambahbaik isi aku dengan meletakkan beberapa contoh produk dan kukuhkan isi dengan rujukan yang ada dalam internet dan juga buku-buku...... :)

Thursday, 20 October 2011

entry blog yang ke 2

asalamualaikum....lama dah tak update blog nie...kali nie aku nak cakap tentang entry blog yang ke 2..tentang bm penulisan aku...hasilnya dalam proses untuk disiapkan...so,dalam masa cuti nie,aku kena siapkan assignment nie..then,lepas je buka cuti,teros kena hantar...
bahan bahan nie aku dapatkan dari internet,iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu..kira kalau aku nak cari apa2 maksud,aku akan cari dalam nie la..dan disebabkan aku xde kamus dewan bahasa,aku akan gunakan nya dengan kerap..hehe...tapi aku kena betulkan semula tajuk aku..sebab xboleh ujakan soalan dalam tajuk...
dan kali nie,aku akan cari bahan lain untuk aku teruskan penulisan aku...dalam masa yang sama,aku akan perbaiki la mana2 kesalahan yang aku ada buat untuk jadikan penulisan aku lebih baik....
:)

Thursday, 29 September 2011

First entry blog :)

Assalamualaikum...lame da aku tinggalkan dunia blogger nie...disebabkan sebab musabab yang tertentu..hehe...so,mulai saat dan detik nie,aku akan menjalankan semula kegiatan menulis blog nie..okeh2...first sekali,aku diberi tugasan oleh lec untuk membuat 1 blog..dalam blog nie,kami sebagai student PENGANTAR PENULISAN diberi tugasan untuk menulis ape2 aje berkaitan dgn penulisan kami..kire macam tulis diari pasal camane kite buat assignment arini...cara2 die,and ap2 jela...
so..arini baru aku nak decide tajuk ape yang aku nak buat...sekarang nie aku ade tajuk da..tapi tajuk kecil xtw nak buat ape..so,aku da decide nak buat tajuk OBSES TENTANG CANTIK....

LISA SURIHANI
oke....ape maksud cantik 2?dari pandangan aku la,cantik 2 bermaksud cantik dari segi sume aspek iaitu jasmani,emosi,rohani dan intelektual ( JERI ) ..kire lau cukup sume 2,memang dikira cantik la..tapi setiap orang ade persepsi masing2...so,xkisah la camne dorang labelkan cantik 2..ape pulak makne obses atau dalam erti kata lain obsesi?obsesi bermaksud sesuatu yang sentiasa menganggu dan menghantui fikiran seseorang : keadaan terlalu memikirkan sesuatu...
so,sape2 yang obses tentang cantik nie..sure2 la dorang akan jadi fanatik giler pasal kecantikn..xkisah la dalaman or luaran...arini aku kene cari bahan or rujukan untuk aku siapkan draf kasar untuk mnggu depan..